Wednesday 22 February 2012

Syria: Kami Peduli

Mutakhir ini, mungkin ramai mungkin ditarik perhatian, mengenai tentang Revolusi di Syria yang telah mengorbankan ribuan rakyat Syria. Pembunuhan oleh rejim Basyar al Asad terhadap rakyatnya tidak dapat lagi dibendung lagi. Ribuan wanita, kanak-kanak, orang tua dan ramai lagi dibunuh seperti hilangnya pedoman seorang pemimpin negara itu.

Mungkin ramai tidak tahu yang bahawa pembunuhan berlaku, bukanlah bermula pada baru-baru ini, tetapi ianya sudah pun bermula semenjak kebangkitan rakyat pada 26 Januari 2011 dan seramai 50 000 rakyat telah terbunuh. Jika dahulunya segala maklumat ini disekat. Tetapi tidak lagi kali ini. Memetik kata-kata Prof Yusuf al Qaradawi "Zaman itu rakyat tidak tahu apa yang berlaku, tapi zaman ini kita sudah tahu, kita sudah membaca, dan kita lihat sendiri apa yang berlaku di Syria.PEMBUNUHAN SETIAP HARI."

Di sini sedikit fakta kekejaman rejim Presiden Basyar al-Asad

  1. Dalam masa 42 hari, seramai 40 000 orang rakyat Syria telah mati.
  2. 39 000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  3. Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
  4. 9 000 dalam tahanan.
  5. 413 orang telah syahid di dalam penjara.
  6. Wanita-wanita telah diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  7. Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
  8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  9. Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
  10. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
  11. Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
  12. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
  13. 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Ayuh sahabat-sahabat sekalian kita cakna apa yang berlaku di Syria. Saudara kita. Tidak ahli keluarga kita. Sumbangan juga boleh dibuat dibawah kelolaan Islamic Relief Malaysia.
Maybank5621 4270 8704 
CIMB:1259 0000 804 058



Saturday 28 January 2012

Connection - Correction

Bismillah ar Rahman ar Rahim.

Alkisah

Kisah seorang hamba Allah yang bernama Haikal.
Kerana kerjanya seorang motivator a.k.a ustaz, beliau sering di panggil Ustaz Haikal berbanding motivator/bro Haikal.
Beliau sering tak jenuh-jenuh memberi ceramah/motivator, jika boleh beliau sanggup memenuhi segala undangan orang untuk memberi motivasi.
Tapi MALANGNYA, apabila anak-anaknya tidak lah sehebat yang di sangka apabila anak-anaknya terjebak dalam dadah, menjadi seorang artis di kelab malam, dan juga ada seorang anaknya terjemus dalam gejala ketagihan arak.

Conclusion

Jom dengar sekumpulan sahabat sembang pasal ni.

Abu : Tu lah, jadilah macam si Ustaz Haikal tu. Sibuk ceramah anak orang anak sendiri tak terjaga( Yakin dengan apa yang dia ungkapkan)

Ali: Betul tu, Aku sokong 100%. Rasanya Ustaz ni belum jumpa lagi kot ayat Quran surah at Tahrim ayat 6

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah DIRIMU dan KELUARGAMU dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Abu: Haha, aku baru nak cakap, betul tu. Tok sah sembang kencang. Kalau anak sendiri tak dapat NAK JAGA baik dakwah kat anak dulu baru kat masyarakat. Benda asas x settle. Fikirkan ko yakin ke dia dapat motivate anak kita kalau kita bagi ikut kursus die?

Ali: Walaupon, ayat ko agak kasar dan melampau aku pun tak leh nak tolak apa ko cakap, memang benar apa yang ko cakapkan tu.
Hah, yang hang duk senyap ni kenapa Zainal? Apa komen hang pasal ustaz ni?( Ali cuba mengajak Zainal yang  duduk diam berbual, semenjak perbualan Ustaz Haikal di bincangkan)

Abu: A'ah, Aku tahu ko pon motivator gak kan. Ape pendapat ko dari ko sendiri sebagai motivator.

Zainal: Aku, sebenarnya takut nak comment pasal ustaz Haikal, takut-takut terkena batang hidung sendiri. Haha x delah. Macam ni. Sebelum aku comment pasal ustaz Haikal, aku nak tarik korang dengan satu benda ni. Pernah tak korang baca buku mat Salleh yang namanya Stephen Covey yang buku popularnya 7 Habits of  Highly Effective People. ?




Dalam buku ini antara Habit yang best ialah Habit 5Seek First to UnderstandThen to be Understood. Okay maksud mudah dia. Kenal orang tu baik-baik dulu. Okay, dalam cara kita kenal baik-baik dengan orang tu. Kita kena guna konsep ni pulak. Iaitu guna konsep. 


Do more connection than correction.
Ok jujurlah pada aku seberapa kenal ko dengan Ustaz Haikal tu?Abu: Erm... aku kenal dari.... member aku. Nama aku x nak lah beritahu. Aku nak jaga Aib.


Ali: Erm.. aku dengar orang-orang cakap, Ala kan kes ni dah heboh... Satu kampung dah tahu. 


Zainal: Tu silap kita. Kita langsung x de hubungan(CONNECTION) dengan dia, kenal dia macam mana, kita straight menghukum dan cuba memperbetulkan(CORRECTION) keadaan. Dengan cara lagi best MENGUMPAT.


Ali&Abu: ..... (Terkedu atas teguran)


Zainal: Okay, aku bukan nak mengajar, aku tahu korang bijak pandai. Tapi as a friend( oh speaking mat saleh), kita selalu mudah judge people dengan hanya satu kerdipan mata kita, terus kita label, dia orang baik, dia orang jahat. Sebab tu aku nak cuba bawak,  habit of highly effective people is 


Seek First to Understand, by do more connection than 
correction.


Sebab itu juga akhlak Rasulullah. Teringat aku cucu baginda bermain di atas Rasulullah ketika baginda sedang sujud. Rasulullah sujud lama gara-gara Husain menunggag baginda. 


End


p/s: Adakah Ali dan Abu akan terus berada di atas kapal Nabi Nuh, setelah dia tahu yang anak dan isteri Nabi Nuh a.s. tidak menerima dakwah baginda, jika dia menjadi pengikut Nabi Nuh? 



Sunday 22 January 2012

Theory: Ketukan Batu (Berbicara soal Matlamat)

Bismillah ar Rahman ar Rahim
Alhamdulillah,
Insya-Allah hari ni aku cuba kongsi sejenis teori yang aku cipta (x delah)
berkenaan teori: ketukan batu


Teori ni sebenarnya aku ambil dari sirah Rasulullah SAW.
Kisah ketika Perang Khandak(parit).
Dipendekkan cerita sahabat nabi Salman al Farisi, memberi idea untuk menggali parit untuk strategi perang pada masa itu,
dan ketika menggali parit, ada seketul baru yang tak boleh di pecahkan. Dan sahabat memberi tahu isu ini kepada Rasulullah.
Dan Rasulullah sendiri turun mengambil kapak untuk memecahkan batu itu.
Dan terdapat dua percikan api yang berlaku.


baginda s.a.w bersabda (yg bermaksud):

“Pada pukulan pertama, aku melihat gedung dan istana-istana kisra di Hirab (Parsi). Pada pukulan kedua, aku melihat istana-istana merah di Romawi (Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka.”




Ok Korang nampak tak apa yang ingin di sampaikan Rasulullah.
Rasulullah sedang memberitahu kepada sahabat (& kita sendiri) berkenaan dengan supaya kita ber MATLAMAT JAUH.

Kenapa aku berkata sedemikian, hal ini adalah kerana( haha ayat spm aku) sebab kalau ikut kondisi orang muslimin ketika itu dalam aspek perang pon tentera muslimin kurang, nak takluk 2 kerajaan besar(Parsi & Rom) ketika itu . Kalau orang biasa(macm aku) pastikan akan cakap. It's IMPOSSIBLE, x masuk akal dan sebagainya.

Tapi tak Sebenarnya Rasulullah untuk kita berMATLAMAT JAUH. Mampu x mampu adalah soal kedua.


Bermatlamat jauh @ Berwawasan tinggi sebenarnya telah hilang di dalam hati seorang MUSLIM, rase IT's IMPOSSIBLE sebenarnya telah di tanam di dalam hati setiap muslim, mungkin di tanam oleh penjajah .

Jadi untuk konklusi,

Ayuh bermatlamat JAUH.

Apekah matlamat JAUH hidup anda??

p/s: Bila aku tanye apekah matlamat hidup anda, geng2 usrah mesti menjawab , mendapat mardhatillah.
lepas tu aku tanye, adekah anda mampu mendapat mardhatillah? ....








Tuesday 6 December 2011

To Find Reasons behind Reasoning

Salam,
lame gile x update blog, tapi akhirnya tergerak aku menulis kerana terdapat satu perkara
yang patut aku catatkan supaya menjadi satu peringatan bagi aku.

Sempena 10 muharram , alhamdulillah Allah memberi peluang untuk aku berpuasa,(walaupon rase macam puasa makan & minum je).
Jadi aku bukak puasalah ngan sahabat aku dan naqib aku sendiri.

Ok cerita mudah, aku menjawat jawatan yang kira agak penting dalam satu organisasi.
Dan mindset aku dalam kepala otak aku rasa, "alah, ni diorang lantik aku ni mungkin sebab dah takde orang lain yang nak jawatan ni. Ye la jawatan macam ni sape le nak."
Kira nak katakan aku ambil jawatan ni seperti jadi "pak sanggup".

Nak di pendekkan cerita, time sedang nak tunggu makanan sampai,
wujudlah perbualan antara aku dan naqib aku.( maaf perbualan ade yg disunting dah diubah suai ikut keadaan sebab aku pon x berapa nak ingat.)

Naqib: Macam mane dengan jawatan yang hang pegang.

Aku: Macam tu lah, biasa-biasa je.

Naqib: Eh janganlah macam tu. Ko dah pegang jawatan kot.

Aku: Ye la, aku cubalah. Lagipun aku macam x de function pon

Naqib: Jangan main cuba-cuba, kena serius lah buat kerja.

Aku: Ye, ye aku tahu. Ala, lagipun aku pegang jawatan ni pun sebab takde orang lain.

Naqib: Eh, jangan macam tu! Ada sebab Allah letak ko kat proksi ni. Bukan suka-suka Allah letakkan ko kat proksi ni. Bukan sekadar takde orang semata-mata. Jadi ikut mane pon kena jalankan betul-betul.

(Habis....)

Lepas dengar statement last yang naqib aku bagi, terkedu aku.
Baru aku tersedar. Ye, memang mungkin sebab aku dapat jawatan, kerana dah takde orang lain yang nak pegang jawatan tu,
but still ianya datang dari Allah.

Ianya terus merobah mindaku aku
dari menjawat jawatan kerana
ambil jawatan=kerana jadi pak sanggup
kepada
ambil jawatan=lillahita'ala.

Dan itulah aku perlu mencari reason kenapa Allah memberi aku jawatan ini, dan kenapa bukan kepada orang lain.
Ya, mungkin reason aku menjawat jawatan kerana,
1) Dah x de orang lain
2) Sebab dalam meeting dah bincang macam tu

Walaupun sehingga sekarang aku masih tercari-cari atas dasar apa mereka pilih aku. Walhal kalau aku lihat ada orang lebih layak menjawat jawatan kepada aku. Sehinggakan seolah-olah aku tiada fungsi. Kadang-kadang rasa terhina juga ada.

Tapi hakikatnya itu mungkin permainan minda aku je.
Tapi aku lupa siapa yang memberi jawatan ini kepada aku.
Sehinggakan wujud rasa tak puas hati,
dan akhirnya membawa aku jatuh kepada godaan syaitan,
dan lupa tanggungjawab & amanah itu perlu aku lunaskan.

Walaupun seakan-akan tidak berfungsi,
tapi Allah ada sebab kenapa letakkan aku menjawat jawatan itu,
dan betul, memang aku tak dapat mencari hakikat jawapan tersebut,
tapi setiap benda yang berlaku ada sebabnya
that's why I need
TO FIND REASONS BEHIND REASONING  



...dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.(QS Al Ankabut 40)

Wednesday 2 November 2011

Aku kian berubah-Ujian Kesenangan-

Jika di lihat transaksi hidup di universiti aku. 


Jika compare kehidupan aku kat matrikulasi dan di um. 

-Di matrikulasi duit belanja aku average RM5 sehari dengan elaun RM1500 per sem, tapi di um boleh mencecah RM 20 dengan biasiswa +-RM3000(setelah di tolak dengan yuran)

-Di matrikulasi, aku membasuh baju dengan tangan, tetapi di um aku membasuh dengan mesin basuh

-Di matrikulasi, aku tidak kenal apakah itu domino, dan amat jarang aku makan fast food yang grand, tetapi di um aku mengenali dan menjadi santapan selalu.

-Di matrikulasi, aku tidak punya jawatan yang besar, di um aku diberi banyak jawatan.

-Di matrikulasi, orang tak memandang tinggi kepadaku, di um orang melihat aku sebagai entiti yang tinggi.(bajet je aku).

-Di matrikulasi aku hanya dibekalkan handset lame pemberian abang ku(setelah dia pakai), di um aku punya laptop, hanset bertukar silih berganti.

-Di matrikulasi tiada bimbingan dari sesiapa in term of study melainkan lecturer, tetapi di um aku ada ramai senior yang membantu aku.

Memang itu satu nikmat. Dengan nikmat itu aku telah banyak berubah.


-Di matrikulasi akulah orang yang antara terawal di surau, tetapi di um aku kadang-kadang langsung tak pergi surau.

-Di matrikulasi akulah orang yang cuba menghalang untuk tidak bergaul dengan perempuan ajnabi, tetapi di um aku bergaul seperti rakan lelaki.

-Di matrikulasi, aku lah muazzin , tetapi di um akulah orang yang mendengar azan.

-Di matrikulasi aku seorang yang gigih, di um aku menjadi orang yang malas.

-Di matrikulasi, aku seorang berjimat cermat, tetapi di um aku seorang yang boros.

-Di matrikulasi, aku akan mencium tangan lecturer aku selepas kelas, tetapi sekarang aku beri ucapan salam ketika berselisih dengan lecturer pun x pernah.

-Di matrikulasi, aku yang menyebarkan salam walaupun aku tidak kenal. tapi kali ini akulah menjawab salam.




Di dalam cerita Sang Murabbi, Ustaz Rahmat Abdullah pernah berpesan:
“Jangan ante jadi monyet!, sewaktu diatas pokok ada 3 jenis angin datang. Angin topan, angin bahurok, angin puting beliung. Tidak jatuh malah makin kencang pegangannya. Tapi bila angin sepoi bahasa datang, mengurut ubun-ubun, merehatkan tidak semena-mena pegangannya longgar dan akhirnya jatuh”
Dan aku telah menjadi monyet yang jatuh. 
Kerana Ujian Kesenangan. 

Ya Allah Bantulah Hamba-Mu yang terlalu banyak dosa, pulang kepadaMu. Terimalah taubat hamba-Mu.



Sunday 16 October 2011

Aku Tak Layak Berdakwah

Abu: Aku bukan x nak berdakwah, tapi aku bukan dari keluarga yang baik. Ayah aku kaki judi, kaki mintak duit mak  aku.

Sarrip: Aku ni banyak dosa. Mane le layak jadi pendakwah. Ni rokok ni pon sampai ulama' fatwa haram pon aku x dapat berhenti. 

Nizam: Aku ni bukan x nak berdakwah, cuma aku segan. Eh! Jangan tgk aku mcm tu, Malu I .. awww!!?

Rohayu: Alah, ramai lagi pendakwah , kenapa cari aku? 

Siti: Aku x pakai tudung labuh. Karang orang mengate aku nanti hipokrit.

Azam: Dakwah perlukan Ilmu, Aku sekolah agama pon x pernah masuk. Solat , puasa tu pon aku tahu yang basic. Nanti orang tanye benda pelik mcm mane nak jawab?

Shairi: Muka aku, mcm muka pengganas. Belum aku approach lagi orang dah lari. Mcm mane nak dakwah. Takut-takut, x de orang pon nak kahwin dengan aku. 

Izat: Alah, rilek r. Hidup ni biar rase kenikmatan dunia dulu. Baru jadi baik dan pendakwah. Nanti 10 tahun lagi aku join tabligh lagi. Amacam? 

Harun: Haha ko buat lawak ke? Aku siap ade makwe. Aku usung die tiap-tiap hari. Ape orang cakap kat aku nanti kalau aku suruh orang baik? X mendatangkan fitnah ke nanti?



Mungkin antara alasan orang x nak berdakwah. Mungkin orang beri alasan tak cukup ilmu, datang dari keluarga yang keturunan x baik, dan macam lagi faktor.
 Tapi menjadi pendakwah(daie) hanyalah perlukan satu je. X kisah banyak kekurangan atau keburukan ada pada diri kita itu boleh di gilap selepas itu.
Perkara satu itu ialah;

                                                              Man Qala Lailahaillallah Fahuwa Da'ie


Sesiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah dia adalah penda’wah


Problem

Bismillah ar Rahman ar Rahim.
Alhamdulillah....
I watched again my favorite movie that's
Love Letters(Ayat-ayat cinta).

For this time, I noticed a wonderful dialog during discussion a group of halaqah.
So I'll quote and share to all readers.(harapan nye adelah orang nak bace huhu)

"Nobody ever asks for trouble,
But when troubles come to us, do we have to be anger?
Our life would be very exhausting.
As Muslims, we must not give up.
Allah will always favor people who try." 



As a muslim we should not give up.
Even if we look the Sirah of Rasulullah, Allah had tested prophet Muhammad with a lot of problems.
Just compare what our beloved prophet has faced with ours.
We shall see the different.

As muslims we can cry. Because tears is a remedy for sadness. But we should not give up. Not having a good result in exam, lose our beloved family members, etc.

Remember Allah will always here for people who are patience. Seek His Guidance.

O ye who believe! seek help with patient perseverance and prayer; for Allah is with those who patiently persevere.(Al-Quran 2:153)

Wallahua'lam

p/s: Sape yang belom tgk cerita Ayat-Ayat Cinta, tak kisah le muslim or non-muslim mesti tgk sebab boleh menyingkap salah faham pasal polygamy ......XD (Hope enjoyed the movie)